Tuesday, April 10, 2012

Légumes Sautés..?

Assalamualaikum, (tak jawab dosa, jawab bergaya nya!)

Phew..phew, berpeluh2 pulang dari dapur. Cett!, macam jauh sangatlah kan dapur tuh.
Ha, hari ini saya nak kongsi resipi Légumes SautésApa bondo eh tuh..? He, tu Fried Vegetable jer dalam bahasa Perancis. Al maklumlah..it's ma first time chopping, and cooking all completely. So, I would like to share with y'all. Mana la tahu, dengan masakan nih dapat tambat hati buat mereka yang tersayang. ngee~

OKayh..bahan-bahannya:-

Sayur Sawi yang Fresh
Sebiji Lada Merah
Dua biji Bawang Putih
Sedikit ikan bilis/ikan masin
Sedikit Lobak Merah
Minyak Masak
Garam

1. Basuh sayur sawi tadi plus buang bahagian daun yang busuk. Potong/racik sayur tersebut sederhana kecil.
(potong dan buang bahagian keras bawah batang sayur)
2. Potong lada merah kecil-kecil dan lobak merah.
3. Ketuk bawang putih (atau potong) menggunakan pengetuk khas (jangan sampai terlalu hancur)
4. Siang ikan bilis dan bersihkan dengan air.
5. Tuangkan minyak sedikit ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan yang 'keras' dahulu, iaitu ikan bilis, bawang putih, dan lada merah.
6. Tunggu sehingga, bau bawang putih naik dan ikan bilis agak garing.
7. Masukkan lobak merah dan sayur sawi tadi. Gaul dengan berhati-hati supaya sayur tidak kelihatan 'lembik'.
8. Lastly, masukkan sedikit garam secukup rasa. Siap~^^


Alhamdulillah, jadi ada idea nak buat bagaimana dah kan..?
Selamat memcuba ya!

No comments: